Kuala Lumpur, 9 April 2020 – Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melalui Naib Presiden Eksekutif, Datuk Dell Akhbar Khan Hyder Khan telah menyumbangkan 500 pelindung muka atau "face shield" kepada para petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk digunakan sepanjang Op Covid-19 dikuatkuasakan.
Sumbangan tersebut diterima oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Hj Abdullah Sani yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Hadir sama dalam majlis ringkas tadi ialah Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), CP Dato' Azri Ahmad, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), DCP Dato' Fisol Salleh, wakil-wakil MRCB dan pegawai kanan Jabatan KDNKA.
Sumber: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN