Kuala Lumpur, 19 April 2020 - Malaysia memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin.
Rata-rata rakyat akur dan menyambut baik PKP ini memandangkan statistik kes jangkitan COVID-19 belum menunjukkan penurunan memberangsangkan, walaupun ada tanda positif dalam pengawalannya.
Pelbagai langkah pencegahan dan rangsangan ekonomi diperkenalkan kerajaan dalam menangani penularan COVID-19.
Sejak PKP dikuatkuasakan, beberapa isu Perlembagaan dibangkitkan. Ada yang melabelkan PKP sebagai undang-undang drakonian dan melanggar prinsip hak asasi dan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam konteks ini, rakyat harus peka terhadap undang-undang yang menunjangi PKP agar kita tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan pelbagai spekulasi dan tohmahan terhadap segala usaha dilakukan kerajaan.
Apa yang dikesali ialah ada dalam kalangan masyarakat menggunakan pandemik COVID-19 untuk merendahkan pengertian hak asasi dalam menangani mereka yang tidak mematuhi perintah sosial untuk tinggal dalam rumah.
Perlu diperjelaskan PKP ialah strategi pengawalan substantif berteraskan prinsip dan undang-undang kesihatan awam dan tidak boleh disamakan dengan undang-undang darurat sinonim dengan regulasi ketenteraan.
Bacaan lanjut menerusi: https://www.bharian.com.my/…/kejahilan-bukan-alasan-langgar…
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN