Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: DUNIA IKTIRAF PERANAN 'FRONTLINERS' MALAYSIA PERANGI COVID-19

Kuala Lumpur, 21 April 2020 - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia.

Pada satu sidang video bersama petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh, Tan Sri Muhyiddin menyifatkan pengiktirafan itu hasil daripada peranan yang dimainkan mereka dan kesemua barisan hadapan yang lain.

“Saya sampaikan kepada mereka yang dunia kini mengiktiraf keupayaan negara dalam menangani penularan Covid-19. Ini semua adalah kerana peranan yang dimainkan oleh mereka dan semua barisan hadapan dalam menjayakan langkah yang diambil kerajaan.

“Kita adalah antara yang terbaik di dunia! Namun, saya ingatkan bahawa perjuangan belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lalui,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Sidang video pagi ini turut disertai Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr. Yasmin Mohamed Gani dan tujuh anggota perubatan di pelbagai peringkat yang terlibat memerangi Covid-19 di hospital itu.

Tan Sri Muhyiddin berkata, situasi terkini perkembangan kes Covid-19 dalam negara yang menunjukkan trend penurunan adalah hasil peranan dimainkan petugas kesihatan serta semua anggota barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pelbagai agensi lain termasuk sukarelawan yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing.

Perdana Menteri turut menyifatkan kesemua mereka sebagai wira negara yang bekerja keras sejak dari awal wabak ini dikesan.

“Saya bagi pihak kerajaan telah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras dan sumbangan cemerlang yang ditunjukkan mereka sehingga wabak ini mampu ditangani dengan baik.

“Mereka sanggup mengambil risiko berdepan sesuatu yang cukup asing, yang tidak pernah mereka tangani sebelum ini,” katanya yang turut berkongsi gambar beliau memberikan tepukan sebagai simbolik menghargai pengorbanan para petugas.

Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.sinarharian.com.my/…/Dunia-iktiraf-peranan-fron…

Sumber imej: Facebook artortoise

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS