Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah memberi amaran dan nasihat agar masyarakat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun disebabkan masih ramai yang ingkar dan berdegil, maka PDRM mengambil keputusan untuk menahan sesiapa sahaja didapati melanggar PKP dengan sengaja.