Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: 44 WARGA CHINA DITAHAN TERLIBAT SINDIKET JUDI

Nilai, 30 April 2020 - Polis menahan 44 individu warga China termasuk lapan wanita yang dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian selepas melakukan serbuan di sebuah banglo di Taman Bucida Hijauan, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman SAC Tuan Mohd Zani Che Din berkata, hasil maklumat diterima, seramai enam pegawai dan 16 anggotanya membuat serbuan di lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengah hari.

"Dalam serbuan itu, kami menahan 36 lelaki dan lapan wanita warga China berusia antara 18 hingga 45 tahun. Kami turut merampas enam set komputer, 17 komputer riba dan 75 telefon bimbit dalam serbuan berkenaan," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Tuan Mohd Zani berkata, modus operandi sindiket itu adalah menjalankan aktiviti promosi perjudian dan menganjurkan permainan judi serta pertaruhan dalam talian.

"Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti pertaruhan dan promosi judi dalam talian di China menggunakan aplikasi Wechat dan QQ Messenger.

"Siasatan juga mendapati sindiket ini turut menjalankan aktiviti pertaruhan judi berunsurkan perjudian dalam talian menggunakan laman web http://pc260.com seperti Lucky Draw Canada 28, Beijing 28 dan Singapore 28 berdasarkan angka 'big' dan 'small'.

"Mereka memperdayakan sasaran di China bahawa permainan berkenaan adalah senang dimain dan peluang untuk menang adalah tinggi dengan menggunakan aplikasi WeChat dan QQ Messenger kepada pelanggan," katanya.

"Semua individu yang ditahan serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a), (c) dan (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1969 serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) kerana langgar arahan Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS