Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: TAK PERLU JADI HERO VIRAL


Sejak wabak pandemik Covid-19 melanda di serata dunia, negara dikejutkan dengan satu wabak penyebaran maklumat salah dan berita tidak benar. Berita palsu dianggap sebagai maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. Maklumat palsu disebar dengan tujuan untuk menipu netizen.

Berita palsu juga dikatakan suatu berita sindiran atau meniru berita tulen ditulis dengan tujuan utama untuk hiburan dan sarkastik. Melalui kemudahan dan kelajuan Internet, lahir 'wartawan rakyat' begitu rajin dan aktif yang tidak bertauliah. Hanya menekan butang share (kongsi), berita palsu sudah dapat mencetus suasana huru-hara dan panik.

Wartawan rakyat yang menularkan maklumat palsu dan tidak sahih ini memberi kesan ketakutan psikologi atau psychological fear yang parah. Ketakutan melalui pemikiran yang bersifat prejudis dan kebimbangan yang melampau. Contohnya, syak wasangka orang sekeliling pembawa virus dan takut dijangkiti virus berkenaan.

Ketakutan psikologi ini boleh diatasi dengan mengawal minda atau pemikiran untuk mengawal ketakutan yang boleh menyumbang kepada panik. Tidak terlalu mempercayai sepenuhnya maklumat daripada media sosial juga satu jalan yang berupaya mengawal ketakutan dan kebimbangan yang melampau.

Barangkali disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak lama, maka wartawan rakyat yang mempunyai telefon pintar atau laptop menjadi sahabat setia di rumah. Maka, tercetus di benak fikiran dan mencipta idea dan hobi untuk melakukan satu aktiviti rutin yang dianggap tidak menjejaskan keselamatan negara dan sebagainya. Dalam masa negara bergelut menghadapi wabak ini, ramai netizen juga terbelenggu dengan sikap mudah mempercayai maklumat yang ditular.

Ketidakpastian mengenai sesuatu maklumat menyebabkan kita membiarkan diri dipengaruhi berita tidak sahih. Ini adakalanya amat menakutkan. Di tengah-tengah penularan wabak ditambah dengan permainan psikologi yang dibina atas dasar pemikiran tidak logik, contohnya, berlaku pembelian panik.

Kajian mendapati sebanyak 78.5 peratus yang bersetuju berita palsu mudah disebarkan kerana si tukang penyebarnya tidak tahu undang-undang kesalahan. Mungkin juga tabiat sindrom penyebar berita terawal itu yang sukar diubati. Perlu diingat individu yang mengeluarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 505, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Bacaan lanjut menerusi: https://www.hmetro.com.my/…/574327/tak-perlu-jadi-hero-viral

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS