Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: BERDEGIL UNTUK PULANG KE KAMPUNG, 508 KENDERAAN DIARAH PATAH BALIK

Kuala Lumpur, 16 Mei 2020 - Masih ada rakyat yang cuba memandang ringan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan cuba merentasi sempadan negeri untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, tegas Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga berkata, polis telah memeriksa 238,500 buah kenderaan di 146 sekatan jalan raya sempadan negeri, dan 508 pemandu kenderaan telah diarahkan patah balik kerana cuba pulang ke kampung.

Oleh kerana tahap pematuhan yang tidak begitu memuaskan, Dato' Sri Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pihak berkuasa mengenakan kompaun terus kepada mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.

“Semalam saja 508 kenderaan yang cuba merentas negeri dengan alasan nak balik kampung telah diarah berpatah balik. Jadi saya nak ingatkan, sekatan jalan raya telah bermula dan tindakan telah diambil.

"Sejak semalam pihak berkuasa masih lagi mengguna budi bicara seperti memberi amaran dan nasihat. Tetapi mesyuarat hari ini, memutuskan bahawa tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis. Jadi saya harap tak perlulah sampai tahap kompaun. Duit tu boleh guna perkara lain,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan: http://www.astroawani.com/…/berdegil-untuk-pulang-ke-kampun…

Sumber: Astro AWANI

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS