Putrajaya, 17 Mei 2020 - Kerajaan tidak bercadang melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), termasuk membenarkan perjalanan rentas negeri balik kampung untuk sambutan perayaan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia kerana SOP berkenaan dirangka untuk mengelak COVID-19 merebak pula kepada keluarga yang berada di kampung.
"Kalau banyak lagi SOP hendak dilonggarkan kita bimbang akan hadapi masalah. Tujuan kita untuk elak COVID-19 covid kepada ahli keluarga kita di kampung.
"Sekarang sudah cantik bawah 100 (kes jangkitan), harap ia akan kekal begitu. Kita pernah catat 16 kes. Kalau kekal 16 kes sampai hujung PKPB nanti atau catat kurang dua angka, mungkin Kementerian Kesihatan akan buat keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia.
“Waktu itu barulah kita akan beri kelonggaran kepada rakyat kita," katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN