Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #COVID-19 POSTING PILIHAN: MENTERI KANAN (KESELAMATAN) LAWAT PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN DI MAEPS

Serdang, 25 Mei 2020 - Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Dato' Sri lsmail Sabri yang tiba di pusat itu pada jam 11.30 pagi, meluangkan masa hampir sejam di lokasi dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lawatan tersebut juga bagi memastikan segala keperluan dan kelengkapan di pusat berkenaan mencukupi.

Dalam lawatan itu, Dato’ Sri Ismail Sabri turut diringi oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud dan Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS, Dr. Mohd Anuar Abd Samad.

Turut hadir, Timbalan Pengarah 2, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Kolonel Dr. Mohd Arhsill Moideen, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Azri Ahmad, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin, Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Norsham Mat Tap dan Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Tuan Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Sumber: Polis Selangor

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, people standing, shoes, tree and outdoor
Image may contain: one or more people and people standing
Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: one or more people and people standing
Image may contain: one or more people and people sitting
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS