Temerloh, 27 Mei 2020 – Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said hari ini membuat lawatan kebajikan ke atas ahli keluarga anggota Bahagian Bantuan Teknik (D6), Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, Pahang, Allahyarham Sarjan Feisal Abdullah yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Kehadiran beliau di Tanah Perkuburan Kuala Krau, dekat sini telah diiringi oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Tuan Mohd Yusri Othman dan beberapa Pegawai Kanan Polis yang lain.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail turut sempat meluangkan masa bertemu dengan salah seorang anak allahyarham yang juga merupakan pewaris dalam Pasukan iaitu Lans Koperal Fahmi Feisal.
Sumber: DS Ismail Mohamed Said
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19




