Gayu Guru Gerai Nyamai
Biarpun rindu untuk bersama keluarga tercinta meraikan Hari Gawai, namun kecintaan pada tugas dan amanah yang tergalas di bahu melebihi segala-galanya buat Sarjan Maria, Sarjan Sylvester serta Sarjan Diana.
Ketiga-ketiga mereka yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor itu merupakan antara pejuang barisan hadapan dari negeri Bumi Kenyalang yang tetap cekal dan ceria meskipun terpaksa bertugas di lapangan pada malam hari perayaan, selain jauh dari insan tersayang.
Jelas mereka, itu antara pengorbanan yang harus ditempuh oleh pegawai mahupun anggota polis sejurus menyarung uniform keramat Sang Saka Biru, juga penghormatan buat rakan Muslim yang bertugas pada malam Hari Raya Aidilfitri lalu.
#PicOfTheDay
#PDRM
#RMP
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#31052020