Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #COVID-19 POSTING PILIHAN: BUAT JANJI TEMU ELAK KESESAKAN DI IPD ATAU BALAI POLIS


Gambar-gambar berikut merakamkan situasi orang ramai yang hadir di balai polis bagi memohon kebenaran pergerakan rentas negeri.

Polis Diraja Malaysia menasihatkan masyarakat untuk membuat janji temu terlebih dahulu sekiranya ingin memohon pergerakan di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Balai Polis berdekatan.

Saranan tersebut bagi mengelak kesesakan selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula esok, 1 Jun 2020.

Walau bagaimanapun, pergerakan hanya terhad bagi tujuan bekerja, kecemasan, kematian dan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan.

Orang ramai juga diminta untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang telah dikeluarkan dengan menjaga penjarakan sosial dan memakai penutup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luar

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luar

Imej mungkin mengandungi: orang duduk dan dalam

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalam

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS