Kuching, 4 Jun 2020 - Delegasi National Task Force (NTF) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Datuk Abang Haji Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.
Delegasi yang diketuai oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Haji Yazid Haji Arshad TUDM itu turut dihadiri Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Intipati kunjungan tersebut adalah bagi memperkenalkan penubuhan NTF kepada Ketua Menteri Sarawak, yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama PDRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan utama negara.
Turut disampaikan ialah taklimat mengenai Op Benteng yang merupakan operasi khas di bawah NTF.
Hadir sama Timbalan Komander NTF, Mejar Jeneral Abd Malik Jiran, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail dan para pegawai kanan NTF.
Sumber: MyJointForce
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19