Ipoh, 6 Jun 2020 - Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pasukan Gerakan Am (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff telah membuat tinjauan kesiagaan elemen laut, darat dan udara di beberapa lokasi sempena penugasan Op Benteng Laut National Task Force (NTF) di sini, semalam.
Tinjauan tersebut sebagai memastikan kesiagaan Pasukan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Datuk Goh Boon Keng, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Hishamuddin Tahar, Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Tuan Yusoff Mamat, Komander Briged Utara PGA, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji, Komander PPM Wilayah (1) Pulau Pinang, ACP Tuan Rosman Ismail dan pegawai-pegawai dari semua elemen PDRM.
Sumber: Pasukan Polis Marin
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN