Kuala Selangor, 7 Jun 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Udara (PGU) menjalankan pemantauan melalui udara secara berterusan bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Benteng di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Pemantauan tertumpu pada 'lorong-lorong tikus' dan kawasan panas di sempadan perairan negara yang merupakan laluan utama tekong laut serta darat membawa masuk warga asing secara haram.
Selaku kapten dalam operasi pemantauan yang dilakukan petang tadi, Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md. Jani berkata, PGU bertanggungjawab menjalankan tugas tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Jelas beliau lagi, pemantauan udara dibuat secara kerap bagi mengesan lebih awal sebarang aktiviti keluar masuk PATI di perairan negara ini, sekaligus mengawal penularan wabak COVID-19.
Sepanjang tiga jam pemantauan pada lewat petang tadi, tiada terkesan sebarang aktiviti PATI pada setiap kapal atau bot yang diperhatikan melalui laluan-laluan yang dikesan.
Turut sama dalam penerbangan tersebut ialah ASP Firdaus Rosli sebagai pembantu juruterbang dan dibantu oleh Sarjan Rahman Muhamad Yusoff serta Lans Korperal Nurfaseha Rahmat sebagai pemerhati udara dengan menaiki Helikopter Agusta Westland AW139.
Selain PDRM, Op Benteng yang mula dilaksanakan pada 12 Mei lalu turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi penguatkuasaan keselamatan lain di bawah National Task Force (NTF) yang bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI dan mengekang wabak pandemik COVID-19.

Antara pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pemantauan dari udara.

Sekitar penugasan pemantauan dari udara oleh Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Sekitar penugasan pemantauan dari udara oleh Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Noor Sham Md. Jani menyampaikan taklimat sebelum penerbangan.

Pemerhati Udara, Sarjan Rahman Muhamad Yusoff melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.

Pembantu Juruterbang, ASP Firdaus Rosli melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.