Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Syukur kepada tuhan, hari ini bermulanya fasa pemulihan jangkitan COVID-19 selepas kita berjaya melalui tempoh sukar penularan wabak tersebut dengan penuh kesabaran. 

Kami percaya, ramai kini yang sedang bersiap-siap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bagi menemui keluarga tercinta.

Tak tertahan rasanya ingin meluahkan perasaan rindu pada mak ayah, adik beradik, saudara mara dan ayam itik di kampung bukan? 

Ingatan mesra daripada kami, berhati-hatilah di jalan raya dan jangan terlalu teruja sehingga lupa pada keselamatan diri serta ahli keluarga lain yang dibawa bersama .

Teruskan juga memakai penutup muka ketika di tempat awam dan pastikan penjarakan sosial dipraktikkan di mana sahaja anda berada. Oh ya, pencuci tangan (hand sanitizer) wajib dibawa bersama ok! 

Semoga fasa ini juga mencatat kejayaan buat negara dengan berkurangnya jumlah jangkitan dari sehari ke sehari. #KitaJagaKita 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS