Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 POSTING PILIHAN: NASIB BAIK ABANG POLIS YANG JUMPA

Lumut, 21 Jun 2020 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui ketakutan selepas 'terpisah' dengan ibu bapanya ketika berkelah di Teluk Batik, Lumut, hari ini.

Kanak-kanak itu bernasib baik apabila ditemui Pasukan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tuan Nor Omar Sappi berkata, kanak-kanak itu ditemui merayau seorang diri di sekitar Teluk Batik, pada jam 11 pagi.

"Pasukan Pematuhan PKPP yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menemui kanak-kanak itu dalam ketakutan.

"Anggota kemudian membuat hebahan di sekitar Teluk Batik dan 20 minit kemudian bapa kanak-kanak perempuan itu tampil mendapatkan anaknya semula.

"Kanak-kanak itu dipercayai terpisah daripada keluarganya yang berada di kawasan berhampiran di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tuan Nor Omar berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak mereka bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku terutama di tempat awam.

Sumber: Polis Daerah Manjung dan Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS