Bermula 17 Jun lalu, orang ramai yang mempunyai urusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur diwajibkan mengguna sistem keselamatan "MyPelawat".
Sistem perintis yang merupakan inisiatif Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Jabatan Logistik dan Teknologi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertujuan memantau pergerakan pelawat yang hadir, di samping menyimpan rekod maklumat kesihatan mereka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Pengunjung boleh mendaftar secara dalam talian dengan melayari Portal Rasmi PDRM, www.rmp.gov.my dan klik pada imej MyPelawat atau mengisi butiran diri di balai pengawal bagi mendapatkan kod QR.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#22062020