Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 : KERATAN AKHBAR PILIHAN: MAT REMPIT AKTIF SEMULA SELEPAS PKP

Kuala Lumpur, 23 Jun 2020 - Kumpulan mat rempit sentiasa berada dalam radar polis selepas mereka dikesan kembali melakukan aktiviti terlarang itu yang terhenti sejak tiga bulan lain akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, pihaknya sentiasa memantau dan operasi dijalankan setiap masa.

Menurutnya, JSPT negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) juga sudah diarah melancarkan operasi bagi menangani aktiviti rempit.

"Mereka (mat rempit) sentiasa dalam radar kita malah operasi sentiasa diadakan bagi membanteras kegiatan mereka. Bukan itu sahaja, JSPT turut menjalankan operasi mabuk bagi mengesan mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol" katanya.

Ketika PKP kumpulan terbabit tidak berani melakukan aksi rempit itu namun kini ia kembali sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS