Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP BENTENG: SINDIKET SELUDUP MIGRAN LUMPUH

Kuala Lumpur, 1 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sepenuhnya kegiatan penyeludupan migran terbesar di negara ini dengan melumpuhkan tiga sindiket penyeludupan utama menerusi Op Benteng: COVID 19 di Johor, Perak dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed, berkata, operasi dilaksanakan secara serentak menerusi operasi khas, Op Pintas Selatan 2020 (Johor), Op Benteng Lintang (Perak) dan Op Arakan (Pulau Pinang) bermula 4 Jun sehingga 20 Jun lalu.

"Hasil operasi itu, seramai 111 suspek ditahan termasuk ahli-ahli kumpulan yang sudah dikenal pasti berada dalam tahanan penjara.

"Tiga sindiket dikenal pasti sebagai Geng Otong di Johor, Geng Halim (Perak) dan Geng Husen Maungdaw (Pulau Pinang)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam.

Ketiga-tiga geng itu dikenal pasti aktif menyeludup migran dari Indonesia, Filipina dan juga etnik Rohingya melalui perairan di selatan, tengah dan utara tanah air sejak 2014.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS