Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN : PENGANGGUR MENGAKU BERSALAH HINA POLIS DALAM FB

Kuala Lumpur, 1 Julai 2020 - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik dan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook miliknya, April lepas.

Mohammad Shahrizal Md Shah Rudin, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.

Mahkamah menetapkan 14 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta OKS dilarang membuat apa-apa hantaran berkaitan kes di laman sosialnya.

Lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan satu hantaran yang menghina PDRM menggunakan akaun Facebook miliknya iaitu ‘Riz Mhmd’ dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 8 malam, 28 April lepas mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 12.45 tengah hari, 30 April lepas.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1856191

Sumber : BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS