Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: PEKERJA KILANG DIPENJARA 10 BULAN HINA AGONG DI LAMAN SOSIAL


Kuala Lumpur, 6 Julai 2020 - Seorang pekerja kilang yang sebelum ini dipenjara kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, seakan tidak serik apabila dia sekali lagi dikenakan hukuman penjara 10 bulan atas tuduhan menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong di Instagramnya, pada Mac lalu.

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman terhadap Shahril Mohd Sarif, 37, selaku Orang Kena Saman selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuat pada 6 Mac lalu.

Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan, masing-masing bagi tuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Bagaimanapun, mahkamah memerintah hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 3 Mac lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahril didakwa menggunakan laman profil Instagram "s.sharilbinmohd", membuat dan memulakan dua penghantaran komunikasi jelik, dengan niat menyakitkan hati orang lain, antara 10.00 pagi dan 1.00 tengah hari, pada 1 Mac lalu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut
https://www.bharian.com.my/…/pekerja-kilang-dipenjara-10-bu…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS