Kota Bharu, 12 Julai 2020 - Semua anggota dan kakitangan awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkelayakan akan ditawarkan ujian saringan kanser serviks menggunakan kaedah ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) secara percuma, menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad.
Beliau berkata inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama PDRM dengan Yayasan ROSE (Removing Obstacles to Cervical ScrEening) menerusi program ‘Barisan Hadapan Bersatu Menentang Kanser Serviks’.
Menurutnya, buat permulaan, ujian saringan ini melibatkan 374 pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) sebelum diperluaskan kepada semua IPK lain secara berperingkat.
Bagaimanapun, katanya, kelayakan untuk mendapatkan ujian secara percuma ini tertakluk kepada kategori kumpulan isi rumah B40 anggota dan kakitangan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pelaksanaan program berkenaan di IPK Kelantan di sini, hari ini.
Hadir sama Pemegang Amanah Yayasan ROSE, Dato’ Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman, Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Tuan Abdullah Mohammad Piah dan Penasihat Teknikal Perubatan Yayasan ROSE, Profesor Woo Yin Ling.
Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1859716
StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN