Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM TAHAN 29 INDIVIDU INGKAR PKP

Kuala Lumpur, 13 Julai 2020 - Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 70,190 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 4,358 pasukan pematuhan membabitkan 16,422 anggota membuat pemantauan di 4,183 pasar raya, 5,987 restoran, 1,377 penjaja, 1,494 kilang, 3,614 bank dan 841 pejabat kerajaan.

Menurutnya, pemantauan juga dilakukan di 1,195 terminal pengangkutan darat, 250 terminal pengangkutan air serta 164 terminal pengangkutan udara.

"PDRM menahan 29 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah itu, seramai lapan individu direman manakala 21 individu dikenakan kompaun.

"Antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam (tiga individu), aktiviti dengan membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (13 individu) serta aktiviti yang melanggar SOP (13 individu)," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro berikut.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS