Johor Bahru, 22 Julai 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor menahan 10,682 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas dadah bernilai RM21.49 juta pada tahun ini dari Januari hingga 19 Julai lalu.
Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pelbagai jenis dadah yang dirampas sepanjang tempoh itu seberat 990.27 kilogram.
"Selain itu kita turut melakukan sitaan terhadap aset dan harta-harta yang dirampas dalam tempoh itu melibatkan nilai RM8.60 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini semalam.
Beliau berkata, Polis Johor melakukan operasi berkaitan dadah pada setiap minggu di sarang penagih di seluruh negeri terutama dalam kebun sawit atau hutan.
Menurutnya, operasi tersebut akan dipergiatkan kerana kebanyakan jenayah adalah berpunca daripada penagih dadah tegar.
"Dalam konteks membersihkan negeri Johor daripada penagih dadah tegar, Polis Johor kini memperhebatkan tangkapan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN