Padang Besar, 25 Julai 2020 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLT) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Rosli Ab. Rahman telah membuat lawatan kerja ke beberapa Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.
Lawatan bertujuan melihat dan meneliti keperluan yang perlu ditambah baik bagi memastikan anggota bertugas dapat menjalankan tanggungjawab menjaga sempadan negara dengan peralatan yang lengkap dan mencukupi.
Turut mengiringi semasa lawatan, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, Ketua JLT Kontinjen Perlis, DSP Hamdan Edwin@Kamarudin, barisan pegawai kanan dan anggota PGA.
Sumber: PDRM Perlis
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN