Sandakan, 29 Julai 2020 - Seramai 390 pendatang asing tanpa izin (PATI) dikembalikan ke negara asal mereka, Filipina, melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Puan Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, ia merupakan pengusiran siri ke-22 melalui laut pada tahun ini.
Beliau berkata, pengusiran itu menjadikan jumlah keseluruhan PATI sepanjang tahun ini seramai 5,245 orang.
“Seperti siri pengusiran sebelum ini, semua tahanan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung," katanya.
Sumber: Eastern Sabah Security Command -Esscom
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN