Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIADA LAGI NASIHAT, POLIS TERUS KOMPAUN


Kuala Lumpur, 2 Ogos 2020 - Tiada lagi kompromi terhadap individu yang masih ingkar memakai pelitup muka di lokasi tumpuan dan dalam kenderaan awam.

Meskipun pemakaiannya diwajibkan semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menggunakan pendekatan berhemah dengan memberi teguran dan nasihat pada hari pertama pelaksanaan peraturan itu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka telah diingatkan sejak seminggu lalu.

Sehubungan itu, tiada lagi alasan untuk masyarakat dengan sengaja melanggar perintah tersebut.

"Secara jelasnya, banyak hebahan telah dibuat di dalam media-media sosial.

"Jadi, langkah memberi nasihat semalam bukan bermakna kita tidak bertindak kerana kita akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang gagal mengikuti arahan berkenaan selepas ini" katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Tiada lagi nasihat, polis terus kompaun MASZUREENHADZMAN sengaja melanggar perintah ersebut. jelasnya, banyak dibuat bahan LUMPUR: terhadap individu ingkar memakai tumpuan bersama mendapati, pengunjung Meskipun wajibkan Malaysia (PDRM) gunakan pendekatan semalam bermakna bertindak aa tinjauan Terengganu mendapatirata- mengikuti berkenaan selepas katanya ketika Mingguan Malaysia. Pengarah Jenayah pemakaian pelitup kemestian. Mereka mengakui mampu membayar Keselamatan Kasim mendapati masyaraka mempu- diingatkanseja pelitup masyarakat (emaibia ketika Tiniauan kawasan ramai didenda ibawah Pencegahan (Akta Pengawalan ORANG pengangkutar'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS