George Town, 4 Ogos 2020 - Polis mengesan satu pasangan selepas gambar mereka memakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 di Bukit Bendera di sini tular dalam media sosial kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang ternampak kelibat seorang lelaki dan wanita memakai gelang merah jambu pada pukul 6.30 petang kelmarin.
"Kita masih mengesan mereka menggunakan data maklumat yang diperoleh termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup di Bukit Bendera.
"Kita siasat dahulu kesahihannya, jika didapati melanggar syarat kuarantin, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Kosmo di sini semalam.
Kelmarin, sekeping gambar memaparkan individu memakai gelang tangan merah jambu di tempat letak kenderaan dipercayai berhampiran sebuah rumah ibadat di Bukit Bendera tular dalam media sosial.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN