Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMOSI LUAR KAWAL PUNCA JENAYAH

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2020 - Emosi luar kawalan dan tidak dapat mengawal kemarahan dikenal pasti punca berlakunya insiden pembunuhan dalam kalangan ahli keluarga atau orang terdekat.

Pakar Kriminologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin berkata, perasaan amarah semakin menguasai pertimbangan akal apabila ada provokasi atau stimulus persekitaran termasuk daripada mangsa.

Sebab itulah katanya, dalam kebanyakan kes pembunuhan membabitkan ahli keluarga dan individu rapat, ia berlaku secara tidak dirancang tetapi boleh berlaku secara di luar jangka.

“Dendam barangkali sudah berlaku sejak lama tetapi dipendamkan sahaja. Apabila sampai ke suatu peringkat, apabila sahaja marah tercetus, mulalah berlaku keganasan dan tindakan agresif yang hingga tanpa sengaja mengakibatkan kematian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas mengenai emosi marah tidak terkawal hingga menyebabkan insiden kematian. Rabu lalu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Maizatulniza Othman, 40, maut dipercayai dijerut suaminya sendiri.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Emosi luar kawal punca jenayah OlehAFZANYUSOF damkan Emosi daripada KUALA LUMPUR: kawalan kemarahan berlakunya insiden bunuhan kalangan at,apabilasahaja mulalah berlaku kematian,' rah Sains mengulas Kemanusiaan, Kebangsaan Malaysia Prof Moham- kerana mengundang membunuh mencederakan sendiri Rabu pensyarah Islam (UIAM) mad perasaan pertimbangan akal apabila Madya maut dipercayai dijerut sua- daripada Sebab itulah termasuk tetapi marah boleh mudaratkan kemarahan Mohammad Rahim membabitkan dengan dilakukan insiden dan beberapa kali, tempat kalan- dirancang secara 'Dendam barangkali berlaku provokasi beliau. peratus MOHAMMAD KAMALUDDIN'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS