Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP BENTENG: LELAKI ASING DITAHAN CUBA SOGOK ANGGOTA PGA

Padang Besar, 18 Ogos 2020 - Tindakan seorang lelaki warganegara China cuba merasuah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi membolehkannya masuk ke negara ini secara haram tidak berhasil apabila ditahan pihak berkuasa itu di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Padang Besar di sini, Rabu lalu.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu cuba menyogok anggota PGA tersebut dengan memberi wang tunai bernilai RM12,869 dan dua utas jam tangan jenis Hoga Swiss Diamonds Automatic 80th Anniversary dan Omega Constellation Co-Axial dianggarkan bernilai RM3,500 dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang.

Komander PGA Briged Utara, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, tindakan tersebut dilakukan dengan harapan anggota itu membebaskannya yang ketika itu ditahan kerana memasuki negara ini tanpa melalui kawalan Pos Imigresen.

Katanya, suspek cuba memujuk anggota yang bertugas itu berulang kali untuk menerima sogokan tersebut namun tidak dilayan.

"Walaupun sudah diberi amaran agar berhenti daripada melakukan tindakan itu, lelaki terbabit terus berusaha memujuk anggota untuk melepaskannya.

"Malah, lelaki itu juga cuba menambah jumlah sogokan itu. Berikutan itu, kita menahan suspek untuk siasatan lanjut katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS