Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP MABUK: PEMANDU MABUK ‘NAIK LEMAK’

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2020 - Isu pemandu mabuk semakin menjadi-jadi apabila sebanyak 1,431 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lebih mengejutkan, itu hanya statistik untuk tempoh enam bulan pertama bermula Januari hingga Jun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’Azisman Alias berkata, sebanyak 12 kes kemalangan maut direkodkan untuk enam bulan tahun ini dan jumlah tersebut meningkat berbanding sepanjang tahun lalu iaitu sembilan kes.

Menurutnya, bagi kemalangan mendatangkan kecederaan, sebanyak 23 kes berbanding 15 kes pada 2019.

"Sebanyak 27 kes dalam siasatan manakala lapan kes dituduh di mahkamah.

"Kes tahun ini meningkat ketara berbanding tahun lalu. Ini jelas menunjukkan si pemabuk tidak takut dengan undang-undang sedia ada.

"Kita memberi beberapa cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dan berdasarkan usul cadangan dibentang bulan lalu, kami gembira kerana semua usul kami akan dilaksanakan," ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS