Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: JUMLAH ANGGOTA DAN ASET TERHAD JAGA SEMPADAN NEGARA

Shah Alam, 27 Ogos 2020 - Kekurangan anggota penguatkuasa dan aset pertahanan yang terhad menjadi cabaran besar buat Pasukan Polis Marin (PPM) untuk memastikan sempadan perairan negara tidak dibolosi.

Komander PPM, SAC Tuan Mohd Yusof Mamat berkata, sebanyak 200 bot peronda yang dimiliki PPM hanya mampu ditempatkan di setiap 100 batu (nautika) bagi menjaga lebih 6,000 kilometer pantai di negara ini.

Malah menurutnya, sekiranya semua aset dan keanggotaan agensi lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digabungkan, ia masih tidak mencukupi.

"Tidak seperti Singapura yang meletakkan bot mereka di setiap kilometer pantai. Bukan setakat bot, malah dilengkapi dengan radar dan sebagainya.

"Di Malaysia, radar yang dikendali oleh agensi tidak menyeluruh untuk sepanjang perairan negara kita. Inilah masalah utama. Aset tidak cukup dan peralatan juga lama. Begitu juga kelengkapan Iain.

"Dengan sempadan yang luas, keanggotaan juga tidak cukup berbanding penduduk Malaysia. Teknologi digunakan sindiket penjenayah lebih canggih," katanya.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS