Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: PDRM BERJAYA TUMPAS 144 SINDIKET DADAH SEPANJANG DALAM TEMPOH TUJUH BULAN TAHUN INI

George Town, 27 Ogos 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan 144 sindiket dadah dan menahan 43 ahli sindiket itu di seluruh negara sepanjang bulan Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, susulan penahanan itu polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM245 juta dan membongkar 13 buah makmal memproses dadah.

"Saya amat bersyukur dengan kejayaan ini iaitu kejayaan yang paling besar dicapai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan melumpuhkan 144 sindiket dadah walaupun sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) kita tetapkan pada awal tahun adalah 30 sindiket untuk tahun ini.

"Saya yakin bahawa usaha untuk memerangi ancaman dadah ini akan menghasilkan satu kejayaan dalam masa terdekat sekiranya momentum seperti ini dapat digerakkan, bukan sahaja KPI yang saya pentingkan tetapi matlamatnya iaitu untuk mengurangkan dan menghapuskan aktiviti pengedaran dadah di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ketua JSJN Se-Malaysia Bilangan 3/2020 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Ancaman kegiatan penyalahgunaan dadah, aktiviti pengedaran, penjualan, kegiatan import dan eksport dadah ke luar negara amat serius. Kita perlu berhati-hati dan sekiranya kita tidak serius menangani ancaman dadah ini, tidak mustahil negara kita akan jadi sebagaimana beberapa buah negara Latin yang mengalami masalah di mana mafia-mafia dadah ini menguasai negara berkenaan pada tahun 1980-an, 1990-an atau awal tahun 2000," katanya.

Sumber: Bernama dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS