Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 #Op_Benteng ARTIKEL PILIHAN: 76 ORANG DARIPADA KLUSTER BENTENG LD JALANI SARINGAN, KUARANTIN RUMAH

Kuala Lumpur, 3 September 2020 - Pegawai dan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah serta ahli keluarga mereka yang kesemuanya berjumlah 76 orang telah menjalani ujian saringan COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, ketika ini kesemua mereka sedang menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing selepas Kluster Benteng Lahad Datu (LD) dikesan di IPD berkenaan.

Beliau berkata mereka terdiri empat pegawai, 30 anggota dan 42 ahli keluarga dengan ujian awal mencatatkan keputusan negatif.

"IPD Lahad Datu masih beroperasi seperti biasa dan proses sanitasi awam telah dibuat," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Dato’ Sri Acryl Sani berkata buat masa ini, IPD Lahad Datu tidak mengambil tahanan baharu dengan tahanan di daerah ini akan ditempatkan di lokap balai polis berdekatan.

Bacaan lanjut di pautan Astro Awani seperti berikut
https://www.astroawani.com/…/76-orang-daripada-kluster-bent…

Sumber: Astro Awani

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS