Isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini bukan lagi satu isu baharu.
Masalah ini mendapat perhatian apabila ada warga asing di negara ini terutama yang berstatus pelarian bertindak tidak mengendahkan undang-undang terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi memerangi pandemik COVID-19.
Keadaan itu mendesak kerajaan untuk melaksanakan Op Benteng bagi mengekang PATI daripada menyusup masuk ke dalam negara melalui lorong tikus sama ada melalui jalan darat mahupun air.
Isu PATI berkait rapat dengan jenayah pemerdagangan manusia serta penyeludupan migran yang menjadi dua perkara berbeza.
Ketua Penolong Pengarah (D3) Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, pemerdagangan manusia bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindah, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.
Tuan Fadil berkata, bagi maksud penyeludupan migran pula ia tidak boleh berlaku dalam negara dan mesti melibatkan rentas sempadan melibatkan mereka yang masuk atau keluar secara tidak sah melibatkan bukan warganegara dan bukan permastautin tetap.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/…/PATI-beri-ancaman-kepada-n…
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

