Kuala Lumpur, 23 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur pusat hiburan yang ‘berani’ beroperasi secara sorok-sorok di seluruh negara bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan tersebut kelmarin kepada semua kontinjen polis bagi melakukan risikan dan pemeriksaan di semua pusat hiburan bawah pentadbiran masing-masing.
Operasi tersebut turut melibatkan restoran-restoran berlesen yang menawarkan sebarang bentuk hiburan.
Antara kesalahan banyak dilakukan di pusat hiburan ialah gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan premis beroperasi lebih masa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut,
Sumber: Utusan Online
#STAYHOME #BESAFE #PRAY4MALAYSIA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN