Kuala Lumpur, 4 Oktober 2020 - Petugas barisan hadapan diminta supaya terus kekal bersemangat dalam membantu negara memutuskan rantaian COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu dalam kenyataan ringkasnya di Facebook turut mengingatkan petugas barisan hadapan perlu sentiasa bersiap siaga ketika berdepan 'peperangan' menentang COVID-19.
"Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berdepan 'peperangan' sangat besar. Negara bergantung harap kepada kita semua.
"Biarpun sering tidak lena tidur dan keletihan yang kronik. Hapuslah air matamu, bangkit dan sekali lagi kita berjuang demi memutuskan rantaian COVID-19," katanya malam tadi.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/covid-19-petugas-barisan-hadap…
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN