Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #OP_BENTENG ARTIKEL PILIHAN: KERJASAMA PDRM, ATM PERKUKUH KAWALAN SEMPADAN

Rantau Panjang, 16 Oktober 2020 – Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal diperkukuhkan menerusi rondaan bersama di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Tuan Hasan Basri Ahmad Safar berkata, jalinan kerjasama itu secara tidak langsung mampu mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini.

Menurutnya, beliau yakin jalinan kerjasama itu mampu memberikan kesan positif dalam mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Kerjasama boleh direalisasikan menerusi rondaan secara bersama menggunakan kenderaan atau berjalan kaki.

“Kita juga boleh tempatkan anggota PGA dan ATM secara bersama di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Sekat Pintas,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/…/kerjasama-pdrm-atm-perkukuh-kaw…/

Sumber: Kosmo Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS