#PKPP #COVID-19
Kota Setar, 24 Oktober 2020 - Sebagai mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan penularan COVID-19 dapat ditangani dengan sebaiknya, para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di lapangan perlu mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE).
Amalan normal baharu ini turut dilakukan oleh para petugas PDRM dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang mengenakan pakaian PPE dalam tugasan menjaga dan memantau banduan Kluster Tembok yang didapati positif COVID-19 dan kini ditempatkan di wad Hospital Alor Setar (HAS), Kedah.
Sumber: Polis Kedah
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19