#PKPB #COVID-19
Biarpun berdepan dengan pelbagai karenah pengguna jalan raya, namun para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap komited menjalankan penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) demi memutuskan rantaian COVID-19.
Sekiranya anda perlu membuat pergerakan merentasi daerah atau negeri, pastikan mendapat kebenaran di mana-mana balai polis terdekat terlebih dahulu dan patuhi lain-lain prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jika semua itu diikuti, tiada sebab bagi kami mengarahkan anda untuk berpatah balik.
Oleh itu, berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis agar kami dapat memberikan khidmat terbaik kepada anda semua.
Kami bukan garang ya, cuma tegas demi lindungi nyawa dan keselamatan anda. 🚧👮🏻♀️👮🏻♂️🥰
Sumber: Shopee
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19