Kuala Lumpur, 29 Oktober 2020 - Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu kini menjadikan perkhidmatan kurier, kargo dan penerbangan domestik sebagai kaedah penghantaran terbaharu barangan haram itu.
Ia dipercayai bagi mengelakkan penghantaran dadah melalui laluan darat tersekat atau 'kantoi' di sekatan jalan raya yang dilakukan pasukan keselamatan.
Sindiket juga dipercayai menjadikan penerbangan domestik sebagai kaedah penghantaran dadah disebabkan pemerhatian dilakukan mereka mendapati wujud kelonggaran pemeriksaan di lapangan terbang membabitkan penerbangan dalam negara.
Bukti sindiket dadah antarabangsa memilih kaedah berkenaan diperoleh berdasarkan peningkatan kes rampasan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Untuk tahun ini, JSJN merekodkan jumlah rampasan pelbagai dadah seberat 2,842.3 kilogram (kg) dari Mac hingga September lalu manakala JKDM pula sebanyak 2,775 kg dari Januari hingga September lalu dengan nilai keseluruhan rampasan lebih RM216 juta menggunakan kaedah berkenaan.
Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, Hafidzul Hilmi Mohd Noor bersama Pengarah JSJN Bukit Aman CP Dato’ Razarudin Husain @ Abd Rasid dan Timbalan Pengarah JKDM (Operasi dan Pematuhan), Dato’ Johari Alifiah mengenai taktik sindiket terbabit.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN