Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG ARTIKEL PILIHAN: ANGGOTA PGA CEDERA TERKENA TEMBAKAN DI BUKIT KAYU HITAM PETANG TADI

Alor Setar, 25 November 2020 - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera ringan selepas terkena tembakan ketika sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Hasanuddin Hassan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.15 petang semasa anggota PGA itu sedang menjalankan rondaan bersama seorang anggota lain di kawasan berkenaan.

"Anggota berkenaan yang memakai baju kalis peluru ketika itu tiba-tiba berasa pedih di bahagian perut. Dia kemudian memeriksa bahagian perutnya dan mendapati terdapat kesan bulatan.

"Beliau (mangsa) kemudian melihat ada kelibat manusia di kawasan itu. Kita syak dia ditembak menggunakan senapang angin yang dipercayai datang dari arah negara jiran,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata anggota berkenaan yang berusia 26 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber:
BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS