Kuala Lumpur, 27 Disember 2020 - Orang ramai diingatkan agar tidak berbohong kepada petugas kesihatan, apabila menjalani sebarang prosedur perubatan di klinik atau hospital.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penipuan mengenai keadaan kesihatan masing-masing adalah satu bentuk penganiayaan kepada petugas barisan hadapan, yang sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.
Menurut beliau, petugas kesihatan juga memiliki keluarga yang akan terdedah kepada bahaya, sekiranya berlaku keadaan tidak diingini.
"Jangan tipu 'frontliners'. Kami juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan-rakan.
"Jangan aniaya 'frontliners'," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN