Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PKPB DI SELANGOR, KL DAN SABAH DILANJUTKAN HINGGA 14 JANUARI

Petaling Jaya, 29 Disember 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah serta beberapa kawasan di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini termasuk Seremban, Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut di Pulau Pinang serta Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor.

"Di Selangor, bagi tempoh 14 hari, sebanyak 8,194 kes positif baharu dicatatkan dan kesemua sembilan daerah di negeri ini telah menjadi zon merah.

"Sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB di seluruh Selangor termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor sehingga 14 Januari 2021.

"Keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua kawasan selain kewujudan kluster baharu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS