Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET EDAR DADAH GUNA PENGHANTAR MAKANAN AKTIF SEMULA


Kuala Lumpur, 29 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan pengedar dadah yang mengambil kesempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menggunakan khidmat penghantar makanan untuk menghantar bekalan dadah kepada pembeli.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain berkata, pihaknya percaya taktik itu sekali lagi digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"JSJN Bukit Aman telah mengambil tindakan proaktif dengan menempatkan anggota bertugas di sekatan jalan raya bagi mengekang aktiviti ini.

"Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai pengedaran dadah, boleh hantarkan WhatsApp ke Hotline JSJN di talian 012-2087222 (beroperasi 24 jam)," katanya pada Khamis.

Sumber: Sinar Harian

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS