Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 POSTING PILIHAN: TINJAUAN PENUGASAN SJR PKP DIPERGIAT

 
Subang Jaya, 2 Februari 2021 – SAC Pentadbiran/Pengurusan Bukit Aman, SAC Tuan Ahmad Mazlan Yahya melakukan pemantauan penugasan sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, petang tadi.

Selain memastikan para pegawai dan anggota memahami dan mempraktikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang kesedaran kuarantin kendiri.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Tuan Abd Khalid Othman, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai.


May be an image of one or more people, people standing, car and outdoors

May be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS