Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: LELAKI MILIKI ARAK TIADA CUKAI CUBA SOGOK ANGGOTA PGA DITAHAN

Batu Pahat, 3 Februari 2021 - Pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menolak wang sogokan RM5,000 semasa melakukan serbuan di Bangunan Seventy Two Food Court, Jalan Mohd Akil, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, wang sogokan itu cuba diberi seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun pada jam 6 petang supaya tindakan tidak diambil terhadapnya.

"Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menemui 66 karton arak tiada cukai kastam. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM5,000 sebagai sogokan untuk melepaskan tangkapan.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM22,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS