Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG POSTING PILIHAN: PGA RAMPAS ROKOK, ARAK DAN MERCUN BERNILAI RM733,434

Kluang, 3 Februari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Johor merampas arak, rokok dan mercun bernilai RM733,434 dalam dua serbuan di rumah sewa di Jalan Nipah dan Jalan Ara di Kampung Dato Rahman Yassin, di sini.

Dalam serbuan secara berasingan jam 4.50 petang semalam itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 35 dan 49 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pemeriksaan di premis itu membawa kepada penemuan 547 kotak mercun pelbagai jenis, 556 karton rokok dan 81 karton arak pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua barangan yang diseludup dari negara jiran itu dipercayai untuk bekalan sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

"Hasil siasatan, semua barang rampasan ini adalah untuk pasaran di sekitar daerah Kluang dan Johor Bahru.

"Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS