Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 77,759 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,525 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,881 anggota telah membuat pemantauan di 8,403 buah restoran, pasar raya (4,405), bank (3,972), penjaja (2,273), kilang (1,763) dan pejabat kerajaan (948).
Turut dipantau ialah 1,139 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (299) dan terminal pengangkutan udara (109).
Semalam, seramai 594 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 569 dikompaun manakala 25 lagi individu
direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (127)
Tiada penjarakan fizikal (144)
Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (74)
Tidak memakai pelitup muka (77)
Keluar rumah tanpa alasan munasabah (57)
Membawa penumpang berlebihan (31)
Aktiviti pusat hiburan (23)
Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (5)
Aktiviti sukan (17)
Ingkar arahan kuarantin (1)
Lain-lain (38)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (17 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN